Sorting by

×

Melaka Bila Larut Malam: Pengunjung puas, teruja, seronok

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

BANDARAYA MELAKA 2 Jun – Pembuka tirai produk pelancongan baharu, Melaka Bila Larut Malam atau ‘Melaka Nightlife’ menerima sambutan positif daripada pengunjung di Panggung Bangsawan Melaka.

Tinjauan Melaka Hari Ini di panggung terbabit dari bermulanya program bertemakan retro dan komediri pada jam 11 malam sehingga jam 2 pagi itu memberikan kepuasan kepada pengunjung.

Rata-rata pengunjung tidak berganjak dari tempat duduk sepanjang pertunjukan bermula sehingga tamat program.

Pengunjung dari Cyberjaya, Norlaili Mansor, 50, berkata Kerajaan Negeri bijak mencari peluang dan ruang untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke Melaka menerusi inisiatif kreatif penganjuran Melaka Bila Larut Malam.

“Kebetulan memang datang bercuti bersama anak saudara di sini dan dalam banyak-banyak lokasi yang menawarkan kemasukan RM10, kami memilih ‘port’ santai di Panggung Bangsawan Melaka. Pada saya ia sangat berbaloi dengan tiket bernilai RM10 sahaja.

“Secara keseluruhan kami memang berasa persembahan yang menarik, seronok, teruja dan tidak kering gusi dengan persembahan pentas yang diselang seli dengan komediri yang disajikan,” katanya.

Nada sama disuarakan pengunjung tempatan, Jeffery Isnin, 50, yang menyifatkan Melaka Bila Larut Malam merupakan idea ‘gila’ yang bakal dimanfaatkan oleh pengunjung domestik dan luar.

“Inisiatif ini sangat bagus, saya selaku pengunjung dan anak jati Duyong, percaya penganjuran program ini akan memberi impak yang sangat baik kepada pelancongan negeri.

“Secara keseluruhan program di Panggung Bangsawan Melaka ini, saya melihat semua golongan ada dalam satu panggung yang sama, ada kanak-kanak; dewasa dan berusia, semua seronok dan berasa puas, terasa RM10 itu sangat berbaloi.

“Saya percaya inisiatif yang dijalankan sehari setiap bulan ini misalnya memberi banyak manfaat kepada golongan yang kerja sehingga malam untuk bawa anak-anak berjalan apabila cuti sekolah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

187
Kongsi :
Previous post 10,752 nikmati tawaran Bila Larut Malam
Next post Pernikahan, walimatulurus mualaf bukti keprihatinan Kerajaan NegeriĀ 
Ubah saiz-+=