Melaka FC ‘garang’ berwarna merah

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

KOTA LAKSAMANA 25 Februari – Melaka Football Club (Melaka FC) memperkenalkan jersi sulung mereka bagi menghadapi saingan Liga M3 yang membuka tirai 4 Mac depan.

Tampil dengan warna merah untuk jersi laman sendiri dan warna putih sebagai jersi tempat lawan, ia seakan mempamerkan semangat baharu pasukan itu selepas ditransformasikan.

Pelancaran jersi itu telah disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam, pada majlis berlangsung di sebuah hotel, di sini, malam ini.

Hadir sama, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Wira Hamidin Mohd Amin; Timbalan Presiden FAM Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi; Presiden Persatuan Bolasepak Melaka (MAFA) Datuk Wira Nur Azmi Ahmad; barisan Exco FAM dan MAFA serta lain-lain kenamaan.

Selain memperkenalkan jersi, Melaka FC turut mengumumkan barisan pemain dan pegawai mereka bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Pasukan itu diperkuatkan dengan bekas penyerang kebangsaan Guilherme de Paula, yang dipinjamkan daripada Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).

Selain itu, ia turut dibarisi nama-nama besar lain seperti S Veenod; Syahrul Azwari Ibrahim; Mohammad Fakhrul Aiman Sidid dan Mohd Idris Ahmad selaku kapten pasukan.

Turut memperkuatkan pasukan ialah beberapa pemain muda yang dicungkil daripada kejohanan Governor Cup yang berakhir bulan lalu.

Manakala, pengendali Portugal, Pedro Hipolito sah dinamakan sebagai ketua jurulatih bagi memimpin pasukan menghadapi cabaran musim ini.

Untuk rekod, Melaka FC dijadual bertemu SAINS FC di Stadium Hang Jebat sebagai aksi pembuka tirai, 4 Mac ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2415
Kongsi :
Previous post Tiga jawatankuasa sekretariat Kerajaan Perpaduan bentang laporan PRN 19 Mac ini
Next post 100 usahawan Morten Walk terima insentif berjumlah RM250,000
Ubah saiz-+=