Melaka iktiraf peranan pengamal media

Masa Membaca:1 Minit, 40 Saat

AYER KEROH 19 Ogos – Jasa dan bakti lebih 100 pengamal media di Negeri Melaka dihargai Kerajaan Negeri apabila mereka diraikan pada Makan Malam Media Negeri Melaka Tahun 2023 yang diadakan di sebuah hotel, di sini, malam tadi.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Fairul Nizam Roslan berkata, penganjuran majlis itu adalah bertujuan memperkukuh hubungan Kerajaan Negeri bersama agensi media yang memainkan peranan cukup penting dalam menyampaikan maklumat yang tepat lagi sahih kepada rakyat.

Kata beliau, peranan pengamal media di negeri cukup besar dalam melaporkan maklumat berkaitan pembangunan dan inisiatif yang disediakan Kerajaan Negeri.

“Pelaksanaan program ini juga membuktikan usaha Kerajaan Negeri Melaka bagi menghargai dan mengiktiraf peranan serta sumbangan media massa dalam melakukan pelaporan berita-berita rasmi dan menyebarluaskan maklumat-maklumat berkaitan pembangunan di Negeri Melaka.

“Saya berharap, penganjuran Majlis Makan Malam Media Negeri Melaka Tahun 2023 ini dapat mengeratkan lagi hubungan yang telah terjalin di antara pihak Kerajaan Negeri Melaka dan pengamal-pengamal media di seluruh negeri ini.

“Saya juga berharap, dengan penganjuran majlis ini, pengamal-pengamal media di Melaka dapat memperbanyakkan dan memperluaskan lagi liputan berkenaan maklumat-maklumat rasmi Kerajaan Negeri Melaka di semua medium yang digunapakai oleh setiap agensi,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

20230818235427_AMJ_5992 (1)
FAIRUL Nizam ketika menyampaikan hadiah kepada pengamal media bertuah.

Makan malam bertemakan ‘Bollywood Night’ itu turut diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Hadir sama, Speaker Kerajaan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman serta barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Pada majlis itu, pengamal media bukan sahaja diraikan dengan hidangan makan malam, bahkan turut dihiburkan dengan persembahan dan hadiah menarik yang ditawarkan.

Selain berhibur, majlis itu juga menguji pengetahuan am dan kreativiti pengamal media Negeri Melaka menerusi kuiz berkaitan sejarah dan pertandingan mencipta pantun.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2897
Kongsi :
Previous post MPAG dekati masyarakat
Next post Daun nanas bukan lagi buangan
Ubah saiz-+=