
Melaka, Johor perkukuh kerjasama ekonomi
JOHOR BAHRU 20 Jun – Melaka dan Johor akan memperkukuhkan kerjasama dalam bidang ekonomi dan pelancongan di masa akan datang.
Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali berkata, perkara tersebut telah dibincangkan bersama Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Ir. Hasni Mohammad dalam satu pertemuan di Johor Bahru, hari ini.
“Alhamdulillah, saya berpeluang menghadiri perjumpaan bersama Datuk Dr. Ir. Hasni Mohammad, Menteri Besar Johor di kediaman rasminya di Saujana, Johor Bahru.
“Banyak yang kami bincangkan dalam pertemuan ini termasuk mengukuhkan kerjasama bidang ekonomi, sektor pelancongan serta pengukuhan kerjasama air antara dua negeri berjiran.
“Terima kasih kepada Datuk Hasni dan Kerajaan Negeri Johor kerana sudi menerima kehadiran rombongan Kerajaan Negeri Melaka pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya, hari ini.
Views:
Related

Berita Lain
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...

