
Melaka komited jayakan penubuhan AKSM
AYER KEROH 22 Jan. – Kerajaan negeri komited dalam merealisasikan cadangan penubuhan Akademi Kehakiman Syariah Malaysia (AKSM), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia di Melaka.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, beliau yakin penubuhan akademi itu dapat meningkatkan lagi syiar Islam di bumi Melaka.
“Kerajaan negeri komited terhadap cadangan tersebut kerana Melaka terkenal sebagai pusat penyebaran dan ketamadunan Islam tersohor di rantau ini,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook rasminya hari ini.

Cadangan itu dibangkitkan semasa beliau mengadakan perjumpaan bersama Ketua Hakim Syarie / Ketua Pengarah Jabatan Kehakimah Syariah Malaysia, Datuk Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar di Pejabat Ketua Menteri di Seri Negeri, pagi tadi.
Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datuk Salhah Salleh.
Views:
Related


Berita Lain
PERPADUAN JADI WARISAN BERHARGA BUAT MELAKA
SERI NEGERI 24 Ogos - Rakyat Melaka diseru menjadikan perpaduan dan keharmonian sebagai warisan paling berharga untuk ditinggalkan kepada generasi...
DR. AKMAL HADIRI MUKTAMAR PEMUDA PAS 3 SEPTEMBER
SERI NEGERI 24 Ogos - Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh akan menghadiri Muktamar Pemuda PAS di...
TUN DR. MOHD ALI SERU RAKYAT MELAKA PERBAHARUI ILTIZAM KEMERDEKAAN
SERI NEGERI 24 Ogos - Rakyat Melaka diseru memperbaharui iltizam untuk terus memelihara kemerdekaan yang diwarisi daripada generasi terdahulu, terutama...
PDRM PERKETAT KAWALAN SEMPADAN SUSULAN KETEGANGAN DI SELATAN THAILAND
SERI NEGERI 24 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan susulan keadaan keselamatan yang semakin...
AYUH BEKERJA SEBAGAI SATU PASUKAN MELAKA
SERI NEGERI 24 Ogos - Seluruh penjawat awam, jabatan, agensi, anak syarikat Kerajaan Negeri dan kepimpinan Melaka diseru mengetepikan pendekatan...
MELAKA KECIL DI PETA, BESAR DI MATA DUNIA
SERI NEGERI 24 Ogos - Melaka mungkin kecil dari segi keluasan, namun kekuatan sektor pelancongan dan warisannya terus mengangkat nama...
