Melaka lancar liga bola sepak wanita buat julung kalinya

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

SERI BENDAHARA 2 Mac – Penganjuran Liga Bola Sepak Wanita Piala Datin Seri Utama Munira yang julung kali diadakan dilihat mampu menjadi platform untuk mencungkil bakat lebih ramai pemain tempatan selain memperkasakan wanita dalam sukan itu.

Lebih menariknya, kejohanan melibatkan piala isteri Ketua Menteri Melaka ke-12 Datin Seri Utama Munira M Yusop itu juga merupakan yang pertama kali dianjurkan di negeri ini.

Munira menyatakan perasaan gembira dan berterima kasih kepada penganjur iaitu Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) yang tampil dengan cadangan mewujudkan kejohanan piala pusingan itu.

Katanya, kejohanan sulung itu dijangka menarik kerana bukan sahaja menjadi medan buat wanita menunjukkan kemahiran mereka dalam sukan bola sepak sebaliknya menjadi tiket untuk beraksi di peringkat lebih tinggi lagi.

“Terima kasih kepada MUSA kerana mengutarakan dan memberikan cadangan untuk mewujudkan piala ini bagi mengisi kekosongan yang selama ini kita tahu sukan bola sepak hanya membabitkan golongan lelaki.

“Jadi bagi peminat-peminat sukan wanita inilah medannya, tempatnya untuk  beraksi di padang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Liga Bola Sepak Wanita Melaka 2022, Piala Datin Seri Utama Munira di Seri Bendahari, petang tadi.

Majlis tersebut dilancarkan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Hadir sama EXCO Belia dan Sukan negeri, V Shanmugam, EXCO Wanita negeri, Datuk Kalsom Noordin, Pengerusi pertandingan yang juga EXCO wanita Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah dan kenamaan lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1179
Kongsi :
Previous post KWSP akan tingkatkan pelaburan dalam kelas aset domestik tahun ini
Next post Piala Datin Seri Utama Munira beri ‘nyawa’ kepada Liga bola sepak wanita
Ubah saiz-+=