Melaka mahu realisasi hasrat bina ‘Empangan Pantai’ pertama Malaysia

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

BANDARAYA MELAKA 7 Mac – Badan Kawal Selia Air (BKSA) Melaka komited mahu merealisasikan pembinan Empangan Pesisir Pantai (Coastal Reservoir) pertama Malaysia di negeri ini.

Pengarahnya, Faizah Abdul Rahman berkata, kajian bagi projek berkenaan telah siap pada tahun lalu dan kini sedang menunggu peruntukan tambahan bagi menjalankan kajian terperinci.

Menurutnya, hasil pembentangan di peringkat Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menunjukkan maklum balas baik untuk dimasukkan ke dalam Rolling Plan 3 (RP3) Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) pada 2023.

“Mengikut perancangan, Coastal Reservoir itu dicadang untuk dibina di lembangan Sungai Baru, Kuala Sungai Baru. Insya-Allah kita berharap sangat ia dapat direalisasikan.

“Jika ia berjaya, Melaka bakal jadi negeri pertama mempunyai Coastal Reservoir kerana di negera kita masih tidak ada lagi kolam tangan pesisir pantai seperti yang direncanakan ini,” katanya.

FAIZAH

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merangkul tiga anugerah dalam Majlis Anugerah Projek/Program Terbaik dan Anugerah Kajian Penilaian Outcome Peringkat Negeri Melaka Tahun 2021 yang berlangsung di sebuah hotel di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Faizah berkata, pembinaan empangan pesisir pantai itu sememangnya amat penting untuk Melaka yang tergolong sebagai negeri yang tidak mempunyai sumber air semulajadi.

Jelasnya, hasil kajian yang dijalankan, pembinaan empangan pesisir pantai itu mampu menampung bekalan air di Melaka sehingga tahun 2070.

“Pada masa sama, ia (Coastal Reservoir) itu juga dapat menampung keperluan perancangan pembangunan zon ekonomi Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ) yang dirancang kerajaan negeri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1324
Kongsi :
Previous post Ribut Petir, hujan lebat termasuk Melaka hingga jam 7 malam
Next post Program TVET pertanian mampu lahirkan usahawan tani
Ubah saiz-+=