Melaka masih jauh ke Fasa 2 PPN

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

BATU BERENDAM 9 Julai – Perjalanan Melaka untuk memasuki Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilihat masih jauh, kata Exco Kesihatan negeri, Datuk Rahmad Mariman.

Menurut beliau, siatuasi itu susulan Hospital Melaka (HM) kini mencapai paras kritikal berikutan penggunaan katil di tahap 91 peratus untuk merawat pesakit COVID-19.

“Ketika ini, purata penggunaan katil di Melaka mencapai 155 peratus.

“Ini sekali gus memperlihatkan perjalanan Melaka masih jauh untuk mencapai kriteria Fasa 2 dalam PPN,” katanya.

JURURAWAT Suhaizah Samid (kiri) memberikan suntikan vaksin jenis Pfizer kepada penerima sambil diperhatikan Rahmad (dua dari kiri) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pandu lalu Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam hari ini. Foto: MR. Azli

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau hari pertama pelaksanaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pandu lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, Batu Berendam di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Rahmad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri berkata, kerajaan negeri bercadang menambah katil penjagaan kritikal dan peralatan kesihatan demi menampung keperluan unit rawatan rapi (ICU) di HM.

Pada 15 Jun lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PPN dengan empat fasa, sebagai persiapan untuk negara keluar daripada pandemik COVID-19 pada satu peringkat yang munasabah.

Peralihan dari fasa kedua ke fasa ketiga memerlukan negeri itu mencapai jumlah kes harian di bawah 2,000; sistem kesihatan awam termasuk ICU berada pada paras selesa; dan liputan dua dos vaksin untuk 40 peratus populasi negeri.

Enam negeri yang telah diumumkan beralih ke Fasa 2 PPN setakat ini adalah Perlis, Perak, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Pulau Pinang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

625
Kongsi :
Previous post COVID-19: Hospital Melaka semakin kritikal
Next post ‘Pomen’ bantu orang susah
Ubah saiz-+=