Melaka-MIGHT rancang pembangunan berteknologi tinggi – Exco

Masa Membaca:1 Minit, 55 Saat

AYER KEROH 9 Jun – Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) menjalin kerjasama lebih 10 tahun dengan Kerajaan Negeri bagi bagi meningkatkan kecekapan industri teknologi tinggi ke arah pembangunan mampan.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Fairul Nizam Roslan berkata kerjasama itu diperkukuhkan lagi menerusi lawatan beliau ke MIGHT Partnership Hub, Cyberjaya, Selangor, semalam.

“Pelbagai perancangan diketengahkan semasa lawatan ini untuk pembangunan negeri Melaka, ia termasuk mengadakan pertemuan bersama syarikat-syarikat teknologi tempatan bersama Ketua Menteri Melaka untuk mendapatkan potensi pelaburan ke Melaka.

“Keduanya cadangan mengadakan kerjasama yang mana MIGHT sebagai salah satu rakan strategik penganjuran Smart Melaka International Expo 2023 (SMIX 2023), meneruskan pelaksanaan projek Smart Grid di Melaka melibatkan 36,000 premis dan rumah di Melaka.

“Meneruskan pelaksanaan projek teknologi hijau dengan melibatkan Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) sebagai agensi pelaksana,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI) di sini, hari ini.

Pada lawatan itu delegasi Melaka turut dibawa melawat sistem penghawa dingin berpusat ‘Cold Grow’ menggunakan liquefied natural gas (LNG). Penerangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Wasave Sdn Bhd., Munira Shahrul Baharin.

Hadir sama, Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Mohd Noor Helmy Abdul Halem dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Dr Mohd Yusoff Sulaiman.

WhatsApp Image 2023-06-09 at 1.37.36 PM
FAIRUL Nizam (lima dari kiri) dan Mohd Noor Helmy *empat dari kiri) bersama Dr Mohd Yusoff (empat kanan) bergambar bersama di kawasan sekitar pejabat MIGHT.

Ujarnya, MIGHT juga telah melaksanakan beberapa projek bersama Kerajaan Negeri di bawah projek Sustainable Cities yang dibiayai melalui geran Global Environment Facility (GEF) dengan kerjasama United Nations Industrial Development Organisation (UNIDO) dan PTHM.

“Antaranya laporan Melaka Sustainability Outlook Diagnostic: Pathway to Urban Sustainability dengan kerjasama World Bank, penyediaan laporan kredit atau bagi Kerajaan Negeri dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

“Diikuti program Kompetensi Penarafan Bangunan Hijau Melaka Green Seal, projek Demontrasi Smart Grid dan penyediaan dokumen Smart Melaka Blueprint 2035 (SMB 2035).

“Selain itu, MIGHT dan Kerajaan Negeri telah mengadakan kerjasama dengan Malaysia Smart City Alliance (MSCA) yang turut membantu membangunkan dokumentasi spesifikasi RFP Melaka Super App,” katanya.

Dalam pada itu, Fairul Nizam turut mengadakan lawatan ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memahami fungsi dan peranan MCMC sebagai badan pengawal selia sektor komunikasi dan multimedia.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2262
Kongsi :
Previous post Lelaki kasari pemandu wanita dipenjara seminggu
Next post Suspek dera kanak-kanak perempuan miliki 13 rekod jenayah
Ubah saiz-+=