Melaka negeri contoh pengurusan penempatan buruh 

Masa Membaca:55 Saat

SERI NEGERI 27 November – Pembinaan sebanyak 40 Penginapan Pekerja Berpusat (CLQ) menjelang tahun 2025 mampu menjadikan Negeri Melaka sebagai contoh dalam pengurusan penempatan buruh dengan menyediakan penginapan yang lebih kondusif terancang dan selamat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, setakat ini Negeri Melaka mempunyai sebanyak 13 kuaters asrama yang menempatkan seramai 11,237 pekerja di beberapa lokasi.

“Antara lokasi kuaters yang sudah dibangunkan ini adalah di Batu Berendam, Bukit Beruang, Ayer Keroh, Merlimau, Durian Tunggal yang terletak berhampiran kawasan perindustrian.

“Bagaimanapun jumlah buruh di Melaka kini telah mencapai seramai 63,500 orang, justeru Kerajaan Negeri sedang berusaha bersama pihak swasta untuk membangunkan lebih banyak CLQ,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Ketiga (Bajet) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Kelima Belas di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata pembinaan CLQ itu termasuk di bawah tiga agenda utama Kerajaan Negeri menerusi Bajet 2024.

“Tiga agenda ini meliputi pembangunan ekonomi yang komprehensif dan mampan, kedua kesaksamaan sosial demi kesejahteraan rakyat dan ketiga peningkatan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

721
Kongsi :
Previous post Melaka tidak perlu import bekalan ayam – Exco
Next post RM5 juta bantu keluarga miskin Melaka
Ubah saiz-+=