Melaka negeri kedua tertinggi vaksinasi kanak-kanak
Masa Membaca:21 Saat
SERI NEGERI 2 Mac – Melaka negeri kedua tertinggi selepas Sarawak merekodkan kadar vaksinasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.
Exco Kesihatan, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, setakat ini sebanyak 37.3 peratus dari jumlah keseluruhan kanak-kanak lingkungan usia itu berjaya menerima suntikan berkenaan.
Katanya, peratusan itu jauh lebih tinggi melepasi peratusan negara yang merekodkan hanya 25 peratus setakat semalam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
635