Melaka rai bayi Qurratu A’yun, peringati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

PERINGGIT 9 Oktober – Kerajaan Negeri berharap bayi Qurratu A’yun yang dilahirkan di negeri ini mampu menjadi modal insan berguna di masa hadapan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, kelahiran bayi itu sekali gus mengingatkan umat Islam tentang hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.

“Alhamdulillah bayi pertama dilahirkan adalah lelaki pada jam 7.05 petang semalam, setakat pagi tadi saja ada 19 bayi yang mana 11 daripadanya adalah bayi perempuan.

“Hari ini kita raikan semua bayi Qurratu A’yun ini yang mampu menjadi anak penyejuk mata, menggembirakan hati ibu bapa, peribadi mulia dan akan menjadi teladan terbaik masa hadapan.

“Jadi bagi pihak Kerajaan Negeri saya ucapkan tahniah kepada mereka yang terlibat, kita doakan anak ini akan menjadi anak soleh dan solehah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Cenderahati Bayi Qurratu A’yun sempena Sambutan Maulidur Rasul 1444H 2022 di Hospital Melaka di sini, hari ini.

IMG_20221009_151757_180
MELAKA 09 OKTOBER 2022. Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan pada Program Penyerahan Cenderahati Bayi Qurratul A’yun sempena Sambutan Maulidur Rasul 1444H / 2022M Peringkat Negeri Melaka di Hospital Melaka. Foto: MR. AZLI

Hadir sama Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat serta Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Datuk Md Rawi Mahmud.

Majlis itu mendapat kerjasama JAIM dan MAIM yang telah menyediakan sebanyak 70 hamper untuk diberikan sebagai cenderahati kepada bayi Qurratu A’yun.

Sebanyak 45 hamper diberikan kepada Hospital Melaka, lima hamper di Hospital Alor Gajah, Hospital Pakar Putra Melaka sebanyak 15 hamper dan lima lagi di Hospital Jasin.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1898
Kongsi :
Previous post Kapal berhias warnai perarakan Maulidur Rasul Kampung Alai
Next post Tiga usahawan muda wakili Malaysia ke JCI antarabangsa
Ubah saiz-+=