Sorting by

×

MELAKA SASAR 20 PENCAPAIAN MENJELANG AKHIR 2026

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

BANDA HILIR 30 Jun – Melaka menyasarkan lebih 20 pencapaian dan pengiktirafan baharu peringkat negeri, kebangsaan serta antarabangsa menjelang penghujung tahun 2026.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, setakat ini Melaka telah melakar lebih 10 kejayaan dan pengiktirafan, namun pencapaian itu bukan alasan untuk berasa selesa.

Menurutnya, setiap pengiktirafan diterima membawa mesej jelas bahawa harapan rakyat terhadap kerajaan semakin tinggi, sekali gus menuntut seluruh jentera pentadbiran memikul amanah lebih besar.

“Suka saya tegaskan, setiap pengiktirafan bukan ruang untuk kita berasa selesa. Sebaliknya, ia membawa satu mesej jelas bahawa harapan rakyat semakin meningkat.

“Justeru, saya meminta semua penjawat awam agar terus memperkukuh aspek penyampaian perkhidmatan khususnya dalam urusan kerja dan membantu rakyat,” katanya. ketika berucap pada Majlis Apresiasi Perkhidmatan Awam Negeri Melaka (MAPAN) Tahun 2026 di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin; Penasihat Undang-Undang Negeri Datuk Khairul Azreem Mamat; Pegawai Kewangan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh serta kenamaan lain.

Ab Rauf berkata, setiap kejayaan dikecapi Melaka bukan sekadar diukur melalui projek pembangunan yang siap, kemasukan pelaburan, peningkatan jumlah pelancong atau pelbagai pengiktirafan diterima.

“Bagi saya, di sebalik setiap kejayaan itu ada ribuan wajah yang jarang mendapat perhatian. Warga penjawat awam yang setiap hari datang bekerja dari awal pagi hingga lewat malam, memikul amanah, menyelesaikan masalah dan paling utama memastikan segala dirancang oleh kerajaan benar-benar sampai kepada rakyat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

360
Kongsi :
Previous post PUSAT PERANGINAN BAHARU BAWA LIMPAHAN EKONOMI KEPADA WARGA SERKAM
Next post PENJUAL BUAH MAUT MOTOSIKAL TERBABAS LANGGAR TIANG ELEKTRIK