Melaka sasar wujudkan 39 pusat digital ekonomi, perkasa usahawan

Share and Enjoy !

Shares

MASJID TANAH 1 Apr – Kerajaan negeri menyasarkan tambahan sebanyak sembilan lagi Pusat Digital Ekonomi Keluarga Malaysia (PEDi) akan diwujudkan di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, setakat ini sebanyak 30 PEDi telah diwujudkan di Melaka bertujuan untuk memperkasa pertumbuhan ekonomi tempatan khususnya kepada usawahan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS).

Beliau berkata, tambahan PEDi sekali gus akan memperluaskan akses capaian internet secara kolektif kepada kawasan yang kurang mendapat liputan dalam jurang digital antara kawasan luar banda dan bandar.

“PEDi yang didirikan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dimana yang pernah tertubuhnya sebelum ini dikenali sebahai Pusat Jalur Lebar lebih menjurus kepada pendekatan capaian internet namun hari ini kita alih pendekatan itu untuk latih golongan usahawan bagi memperkasa perniagaan.

“Menerusi PEDi, usahawan terlibat akan didedahkan dengan kursus dan latihan dalam tempoh tertentu untuk memberi pendedahan kepada mereka strategi pemasaran digital termasuklah kaedah pembungkusan dan sebagainya.

“Ia melibatkan pelbagai kolaborasi dari pelbagai agensi termasuklah usahawan yang berjaya untuk menjadi tenaga pengajar buat usahawan yang mengikuti PEDi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pusat Digital Ekonomi Keluarga Malaysia (PEDi) di Taman Bandar Baru Masjid Tanah, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata, sembilan PEDi yang ditambah itu akan didirikan pada tahun ini juga sekali gus menjadikan sebanyak 39 PEDi akan ditubuhkan SKMM di Melaka.

“Sembilan lokasi itu akan ditentukan SKMM bagi mengenalpasti kawasan yang sesuai untuk merapatkan juran capaian internet ini.

“Setakat ini 30 PEDi yang diwujudkan di Melaka membabitkan 14 di Daerah Alor Gajah, 11 di Jasin dan lima PEDi di Melaka Tengah.

“Saya harap ia boleh meningkatkan golongan usahawan dan ekonomi negeri malah kerajaan negeri sentiasa menyokong dan memberi kerjasama dengan SKMM bagi bersama mengukuhkan ekonomi kita dalam Keluarga Malaysia,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5

Share and Enjoy !

Shares
Previous post Kisah rakyat Malaysia warnai pembukaan semula Tambak Johor
Next post SKMM sasar satu DUN, satu PEDi di seluruh negara