Melaka sedia 60 unit rumah percuma buat asnaf, fakir miskin – KM

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

DURIAN TUNGGAL 8 Jan – Kerajaan negeri menerusi Lembaga Perumahan Melaka (LPM) akan memberi 60 unit rumah percuma kepada golongan asnaf dan fakir miskin pada tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, kesemua rumah tersebut merupakan inisiatif di bawah Program Melaka Rumahku dengan kos peruntukan sebanyak RM300 juta.

Katanya, di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) LPM turut melaksanakan program membaik pulih kediaman mangsa-mangsa yang terlibat dengan kebakaran dan bencana alam.

“Sebanyak 60 unit rumah ini bukan sahaja diberikan kepada golongan miskin dan asnaf malahan bagi mangsa-mangsa yang ditimpa bencana, kebakaran, mereka inilah yang kita akan berikan rumah.

“Penambahbaikan akan dibuat dengan kos RM50,000 dari LPM dengan keluasan 800 kaki persegi dan pembinaan akan dilaksanakan tahun ini dan akan disegerakan setelah selesai segala dokumentasi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Program Melaka Rumahku di Bukit Tambun, di sini hari ini.

SULAIMAN bertanyakan sesuatu kepada penerima program Melaka Rumahku di Kampung Bukit Tambun.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal Zahari Abd Kalil dan Pengarah Eksekutif LPM Mohd Salleh Hamidom.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata bagi tahun 2021, pihak LPM telah membelanjakan sebanyak RM450,000 bagi membiayai 27 unit rumah di bawah program Melaka Rumahku.

“27 unit rumah tersebut terdiri dari lima unit rumah yang baharu dibina manakala 22 unit rumah merupakan kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf rumah yang usang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1819
Kongsi :
Previous post 1,800 pusat servis, bengkel sertai inisiatif baucar diskaun baik pulih kenderaan mangsa banjir
Next post Banjir: 373 mangsa di Melaka masih belum dapat pulang ke rumah
Ubah saiz-+=