Melaka tekad pertahan kejuaraan Piala Tun Sharifah Rodziah

Masa Membaca:57 Saat

PAYA RUMPUT 2 April – Pasukan bola sepak wanita Melaka United tekad mengekalkan kejuaraan Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR) 2022 yang dijadualkan bermula bulan Ogos depan.

Pengurus pasukan, Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah berkata misi pasukannya pada edisi kali ini adalah untuk tidak cepat melatah.

Sebaliknya, katanya, persiapan dan latihan pemain sedang giat dijalankan memandangkan edisi kali ini lain daripada tahun-tahun sudah.

“Kejohanan PTSR edisi tahun lalu dibatalkan kerana pandemik COVID-19, jadi edisi tahun ini banyak lagi yang perlu diperkemaskan.

“Antaranya, corak permainan dan barisan pemain dalam untuk bermain dalam pasukan Melaka,” katanya.

Terdahulu, pada 25 Mac, media melaporkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan perkemaskan lagi saingan Piala Tun Sharifah Rodziah.

Memetik laporan, beberapa pindaan dilakukan Jawatankuasa Eksekutif FAM kali keempat bagi penggal 2021-2025 bagi membudayakan bola sepak dalam kalangan kaum hawa.

Antara pindaan yang dilakukan ialah johan peringkat zon dan tiga pasukan naib johan terbaik dari peringkat zon akan layak beraksi di PTSR yang dijadual diadakan selepas berakhirnya Kejohanan Bolasepak Wanita AFF.

Selain itu, FAM juga bersetuju membenarkan penyertaan pasukan secara terus tanpa memerlukan sokongan daripada persatuan negeri (FA).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1252
Kongsi :
Previous post 500 ekor ayam licin dalam setengah jam
Next post Outlet pajak gadai Islam Ar Rahnu Masjid Tanah bawa pulangan besar
Ubah saiz-+=