Melaka terima 5.12 juta pelancong setakat April

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

BANDA HILIR 27 Mei – Melaka menerima kehadiran seramai 5.12 juta pelancong bermula Januari hingga April, bersempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata dengan rekod kehadiran pengunjung itu menjadikan Melaka mendahului tiga lagi negeri yang menjayakan Tahun Melawat Negeri sepanjang 2024.

Katanya, pada 2023, Melaka telah menerima kehadiran seramai 7.3 juta pelancong domestik dan 1.2 juta orang pelancong asing dengan kenaikan 42.77 peratus berbanding tahun 2022.

“Berbaki lima hari sahaja lagi untuk kita lewati tempoh setengah tahun pertama 2024. Alhamdulillah, pelbagai inisiatif pelancongan telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang seiring dengan hala tuju memperkasa dan merancakkan sektor pelancongan Negeri Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Melaka Bila Larut Malam atau Melaka Nightlife di hadapan Bangunan Stadhuys, di sini, semalam.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Ibrahim Durum; Pegawai Kewangan Negeri yang menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Salhah Salleh; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman serta kenamaan lain

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

201
Kongsi :
Previous post Malaysia Bike Week dan Pameran Hang Tuah di MITC pada 14 -16 Jun depan
Next post 11,713 calon SPM peroleh semua A – KP Pendidikan
Ubah saiz-+=