Malaysia Bike Week dan Pameran Hang Tuah di MITC pada 14 -16 Jun depan

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

BANDA HILIR 27 Mei – Penganjuran Festival Malaysia Bike Week 2024 pada 14 hingga 16 Jun depan bakal menghimpunkan ribuan peminat motosikal berkuasa tinggi seluruh negaradi Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, pada festival yang berlangsung tiga hari itu turut dipamerkan koleksi kenderaan milik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, dijangka bakal menjadi antara tarikan utama.

Katanya, pelbagai jenis motosikal yang akan dibawa masuk ke negeri ini pada festival yang diadakan besar-besaran itu, sekali gus mampu menggamit pelancong sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

“Melaka sekali lagi menjadi tuan rumah bagi perhimpunan besar-besaran Malaysia Bike Malaysia yang mana semua pemilik motosikal pelbagai jenis akan berkampung di MITC selama tiga hari.

“Jadi saya berharap rakyat Melaka khususnya untuk memeriahkan Festival Malaysia Bike Week di MITC nanti,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Melaka Bila Larut Malam atau Melaka Nightlife di hadapan Bangunan Stadhuys, di sini, semalam.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Ibrahim Durum; Pegawai Kewangan Negeri yang menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Salhah Salleh; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abduk Rahman serta kenamaan lain.

Mengulas lanjut, Ab Rauf turut memaklumkan pada festival yang berlangsung tiga hari itu juga Kerajaan Negeri akan menjalankan Pameran Hang Tuah.

“Pada festival di MITC itu juga kita akan mempamerkan dapatan daripada hasil penyelidikan Hang Tuah kepada seluruh masyarakat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

255
Kongsi :
Previous post Boleh berniaga sampai jam 3 pagi
Next post Melaka terima 5.12 juta pelancong setakat April
Ubah saiz-+=