Boleh berniaga sampai jam 3 pagi

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

BANDA HILIR 27 Mei – Kerajaan Negeri memberi kebenaran kepada peniaga kecil untuk mendapat lesen perniagaan bagi menjalankan perniagaan sehingga jam 3 pagi menerusi Program Melaka Bila Larut Malam.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata mana-mana peniaga kecil yang mahu melanjutkan perniagaan sehingga lewat pagi boleh merujuk kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Katanya, usaha itu sedikit sebanyak membantu merancakkan lagi ekonomi pengusaha dan peniaga kecil.

“Kita benarkan mana-mana peniaga kecil yang berlesen untuk beroperasi sehingga jam 3 pagi menerusi Program Melaka Bila Larut Malam ini.

“Walaubagaimanapun, bagi peniaga-peniaga yang tidak mempunyai lesen diminta untuk memohon lesen perniagaan menerusi pihak berkuasa tempatan MBMB,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Melaka Bila Larut Malam atau Melaka Nightlife di hadapan Bangunan Stadhuys, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Ibrahim Durum; Pegawai Kewangan Negeri yang menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Salhah Salleh; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abduk Rahman serta kenamaan lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

166
Kongsi :
Previous post Melaka Bila Larut Malam rancakkan TMM2024
Next post Malaysia Bike Week dan Pameran Hang Tuah di MITC pada 14 -16 Jun depan
Ubah saiz-+=