
Melaka tidak terima telur dari India
AYER KEROH 15 Mac – Kerajaan Negeri tidak menerima kemasukan telur ayam import dari India ke pasaran Melaka memandangkan bekalan tempatan ketika ini mencukupi.
Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, sebanyak enam juta biji telur dihasilkan setiap hari di negeri Melaka bagi membantu menampung permintaan dari seluruh negara.
“Bekalan telur di Melaka tiada masalah, mencukupi malah kita turut membantu negeri lain (bekalan telur). Kita tidak menerima (bekalan telur dari India) kerana mencukupi malah melebihi.
“Malah kita adalah negeri yang selesaikan masalah telur ini kerana sehari sahaja enam juta dihasilkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Sungai Udang Dr. Mohd Aleef Yusof (PN-Sungai Udang), sama ada Kerajaan Negeri membuka pasaran telur import dari India bagi rakyat Melaka, pada hari ketiga Persidangan Pertama, Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-15, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MIHF 2026 SASAR 530 USAHAWAN, NILAI JUALAN RM20 JUTA
PENGKALAN BATU 3 Julai - Melaka kembali menjadi tumpuan industri halal dalam dan luar negara pada 7 hingga 9 Ogos...
DUN SERKAM TERIMA DUA MASJID BAHARU
SERKAM 3 Julai - Komitmen Kerajaan Negeri untuk terus menyuburkan syiar Islam diterjemahkan menerusi pembinaan dua lagi masjid baharu di...
TYT RASMI MASJID JAMEK AL-FAIZIN KAMPUNG BUKIT TEMBAKAU
SERKAM 3Julai - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Masjid Jamek...
MELAKA PERKUKUH EKOSISTEM HALAL, LAHIR AUDITOR KOMPETEN
PENGKALAN BATU 3 Julai - Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) komited untuk melahirkan lebih ramai pegawai pemeriksaan...
‘RUMAH NENEK PATIMAH SUDAH TAK BOCOR’
SERKAM 3 Julai - Patimah Jantan, 71, tidak berhenti tersenyum kegembiraan selepas melihat kediamannya yang sebelum ini uzur dan berusia...
MELAKA LAKSANA HUKUMAN TEGAS BAGI KES JENAYAH SYARIAH
PENGKALAN BATU 3 Julai - Pesalah jenayah syariah di Negeri Melaka bakal berdepan hukuman lebih tegas menerusi penguatkuasaan semua bentuk...
