Melaka Tropical Fruit Farm terima lawatan Menteri MOTAC

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

SUNGAI UDANG 7 Sept. – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Datuk Seri Nancy Shukri mengadakan lawatan ke Melaka Tropical Fruit Farm (MTTF) bagi melihat perkembangan kawasan agro pelancongan itu hari ini.

Lawatan sempena Program Semarak Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia diadakan sejak pagi tadi telah meneruskan perjalanan ke MTTF sebaik selesai mengadakan perjumpaan bersama Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Mohd Rustam.

Ketibaan beliau bersama rombongannya di MTTF tepat jam 2.30 petang tadi telah disambut kakitangan pusat pelancongan itu dan dibawa dengan memperkenalkan pelbagai lokasi menarik yang terdapat di kawasan terbabit.

Menerusi lawatan berkenaan, semua tetamu yang hadir dibawa menaik trem dengan mengelilingi sekitar kawasan berkenaan bagi melihat pelbagai pembangunan dan peluang yang menjadi tarikan di MTTF.

Nancy bersama tetamu pada lawatan itu turut disambut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis dan didedahkan dengan pelbagai industri yang dijalankan di pusat berkenaan berkenaan termasuk pertanian madu kelulut, cendawan tiram, pembuatan minyak gaharu serta pelbagai lagi.

Lawatan Program Semarak Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia kali ini turut menawarkan kepada tetamu yang hadir bagi menikmati hasil buah-buahan tempatan yang ditanam sendiri di MTTF.

Program yang diadakan kira-kira dua jam itu berakhir kira-kira jam 4.30 petang tadi dan kemudiannya kesemua tetamu yang hadir meneruskan sesi lawatan ke lokasi seterusnya sebelum dijadualkan beransur pulang ke Putrajaya sekitar jam 6 petang ini.

Views:

857
Kongsi :
Previous post Usahawan tani tanam jagung selepas timba ilmu alam maya
Next post Belia Jasin bincang tiga usul dalam Majlis Perundingan Belia
Ubah saiz-+=