
Melaka United ‘tibai’ Johor 27-0
JOHOR BAHRU 4 Jun – Pasukan bolasepak wanita Melaka United memulakan aksi Liga Wanita Nasional 2022 zon Selatan dengan penuh bergaya hari ini.
Ia selepas pasukan itu membelasah DCL Johor 27 gol tanpa balas.
Dalam perlawanan itu, Jaciah Jumilis, Lee Xin Yi Andrea dan Fatin Shahida Azmi masing-masing menyumbang empat gol, manakala tiga gol lagi dijaringkan Marlia Basri.
Nurul Arliyana Nabila Mohd Ramadan, Waitie Taming, Nurhaniza Saarani dan Nurliyana Soberi pula mencatat nama sebagai penjaring dua gol, dan masing-masing satu gol disumbang oleh Siti Nurfaiza Saidin, Nurfatin Rozani, Steffi Sargi kaur dan Eva Olivianie Antinus.

Untuk rekod, Liga Wanita Nasional 2022 diadakan di setiap peringkat zon bermula Mei hingga bulan ini.
Johan setiap zon serta tiga naib johan terbaik di peringkat zon akan layak beraksi di Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR).
PTSR bakal diadakan pada Ogos depan iaitu selepas berakhirnya Kejohanan Bolasepak Wanita AFF.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MBMB BELI MINYAK MASAK TERPAKAI RM3.20 SEKILOGRAM
AYER KEROH 16 Mei - Sebanyak 2.5 tan minyak masak terpakai berjaya dikumpulkan menerusi Program Anda Kitar Kami Bayar (AKKB)...
BANDA HILIR ‘HIDUPKAN’ PERMAINAN RAKYAT
BANDA HILIR 16 Mei - Permainan rakyat yang pernah menjadi medium penyatuan masyarakat suatu ketika dahulu wajar dihidupkan semula menerusi...
MELAKA BAKAL PERKENAL ‘PENTERNAKAN IKAN DIGITAL’
MERLIMAU 16 Mei - Penternakan ikan di Melaka bakal ditransformasikan dengan pengenalan sistem berasaskan kecerdasan buatan (AI) dan Internet Pelbagai...
589 ‘KANTOI’ BUANG SAMPAH DI MELAKA, 17 KENA PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT
AYER KEROH 16 Mei - Sebanyak 589 Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) dikeluarkan terhadap individu yang didapati membuang sampah kecil merata-rata...
LEMBU, KERBAU TANPA ‘TAGGING’ DI MELAKA BOLEH DIANGGAP TIADA TUAN
MERLIMAU 16 Mei - Melaka mewajibkan semua lembu dan kerbau ternakan di negeri ini dipasang 'tagging' pada telinga sebagai langkah...
MELAKA SALUR RM16.96 JUTA PERKUKUH PERTANIAN, KETERJAMINAN MAKANAN
MERLIMAU 16 Mei - Sejumlah RM16.96 juta telah diperuntukkan menerusi bajet negeri bagi memperkukuh sektor pertanian dan keterjaminan makanan dalam...
