Menteri harap BAM, Zii Jia cari jalan penyelesaian
KUALA LUMPUR, 21 Jan – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pemain perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia diminta mencari jalan penyelesaian dalam isu berpalit antara kedua-dua pihak itu.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata masa depan pemain berusia 23 tahun itu serta kedudukan Malaysia di pentas badminton antarabangsa tidak seharusnya dipertaruhkan.
“Jika kepentingan negara diutamakan, sudah tentu ada jalan penyelesaiannya. Pada hemat saya, isu di antara BAM dan Zii Jia bukanlah perkara yang rakyat dan para pendokong serta penyokong sukan badminton inginkan ketika ini.
“BAM dan Lee Zii Jia mesti mencuba bersungguh-sungguh mencari jalan penyelesaian untuk isu ini. Saya akan bertemu dengan kedua-dua belah pihak dalam masa terdekat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Terdahulu, Timbalan Presiden BAM Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunood mengumumkan BAM tidak akan mendaftarkan Zii Jia, pemain ranking ketujuh dunia, untuk mana-mana kejohanan antarabangsa bagi tempoh dua tahun bermula 18 Jan ini.
Ia berikutan keputusan juara All England itu yang menghantar surat untuk keluar daripada BAM pada 11 Jan lepas agar beliau dapat bergerak sebagai pemain profesional, dengan alasan tidak dapat menahan tekanan di BAM. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PUTRA 2 BAKAL RANCAKKAN SEKTOR PELANCONGAN KESIHATAN MELAKA
SERI NEGERI 12 Disember - Pembinaan Putra Specialist Hospital 2 yang lengkap sebagai sebuah fasiliti hospital pakar akan merancakkan lagi...
4 PBT MELAKA CAPAI STATUS MAMPAN
AYER KEROH 12 Disember - Kesemua empat pihak berkuasa tempatan (PBT) di Melaka telah mencapai status mampan menerusi Program Jaringan...
PUTRA SPECIALIST HOSPITAL, IJN JALIN KERJASAMA PERKUKUH PERKHIDMATAN KESIHATAN
SERI NEGERI 12 Disember - Putra Specialist Hospital menjadi hospital swasta pertama di Melaka yang menjalinkan hubungan strategik dengan Institut...
SESI TOWNHALL HOTSPOT BANJIR AKAN DIADAKAN DI SETIAP PARLIMEN
LENDU 12 Disember - Kerajaan Negeri akan melaksanakan Sesi Townhall Hotspot Banjir di setiap Parlimen di negeri ini bagi mengenal...
5 PELAN STRATEGIK URUS BANJIR DI MELAKA
LENDU 12 Disember - Kerajaan Negeri menggariskan lima pelan strategik dalam menguruskan masalah banjir yang berlaku di negeri ini. Ketua...
DUYONG ‘ROSAK’, LEBIH 15,000 DIJANGKA GEGAU LARIAN BUDAYA ANTARABANGSA DUYONG KITA 2024
BANDARAYA MELAKA 12 Disember - Kira-kira 15,000 dijangka memeriahkan penganjuran edisi kedua Larian Budaya Antarabangsa Duyong Kita yang akan berlangsung...