MGBM terima dua pertubuhan belia baharu – Mohd Ridhwan

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

AYER KEROH 26 April – Barisan EXCO Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) dan 20 wakil pertubuhan yang bergabung di bawah MGBM bersetuju menerima dua lagi pertubuhan belia baharu di Melaka.

Presiden MGBM, Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali berkata dua pertubuhan itu adalah Hindu Youth Organization Melaka (HYOM) dan Angkatan Belia Malaysia Future Leaders School (MFLS) Melaka.

“MGBM bermesyuarat sidang dewan tertinggi baru-baru ini dan kita sebulat suara menerima dua lagi pertubuhan belia bersama dalam keluarga besar Belia Melaka.

“Kedua-dua pertubuhan ini adalah kumpulan anak muda yang mana akan mengukuhkan lagi jaringan orang muda dalam MGBM.

“Mereka ini kita terima dan Insya-Allah kita dalam proses untuk bawa ahli-ahli ini bersama kita nanti.

“Kita akan ‘endorse’ dan muktamadkan ketika mesyuarat agung yang bakal berlangsung pada bulan Mei nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Agihan Bubur Lambuk Nur Ramadan, Melaka Hari Ini (MHI) dan Persatuan Pelancongan Melaka (MTA) di Pasar Raya Mydin MITC di sini, hari ini yang turut dihadiri Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Melaka Nasharuddin Muhammad; Ketua Pegawai Eksekutif MHI Datuk Seri Abdul Jalil Hamid; Ketua Pegawai Operasi MHI Anuar Shaari; Presiden MTA, Madelina Kuah dan Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Melaka Saari Basiron.

Mengulas lanjut Mohd Ridhwan berkata, penglibatan dua pertubuhan baharu itu akan mengangkat aktiviti belia di negeri ini ke peringkat lebih tinggi.

“Fungsi kedua-dua pertubuhan ini masa sama macam pertubuhan belia yang lain, cumanya HYOM lebih kepada golongan India manakala Angkatan Belia MFLS adalah mereka yang berada di institusi pengajian tinggi.

“Dua kumpulan yang berbeza tetapi punyai semangat yang tinggi untuk terlibat dalam aktiviti belia, jadi kita bawa mereka supaya suara mereka dan ahlinya boleh bersama dengan kita,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2076
Kongsi :
Previous post Bekas ADUN Melaka luka di tangan akibat terbabit pergaduhan
Next post MBMB cakna kebajikan masyarakat bandar
Ubah saiz-+=