
Bekas ADUN Melaka luka di tangan akibat terbabit pergaduhan
BATU BERENDAM 26 April – Salah faham dipercayai menjadi punca pergaduhan antara seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini dengan seorang lelaki dalam kejadian di Taman Tamby Chik Karim, di sini, jam 9.30 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, terdahulu lelaki berusia 40-an itu yang menunggang motosikal dilihat berkeliaran sekitar kediaman ADUN berkenaan yang juga bekas EXCO.
Christopher berkata, keadaan tegang selepas bekas ADUN berkenaan mendakwa lelaki terbabit datang untuk mencuri barangan.
“Namun lelaki terbabit mendakwa dia hanya mahu mencari besi lusuh. Berlaku perang mulut antara kedua-duanya sebelum bekas ADUN itu didakwa memukul lelaki terbabit menggunakan kayu tumpul.
“Bekas ADUN berkenaan juga cedera akibat dipukul lelaki terbabit menggunakan helmet. Mereka berdua cedera tetapi tidak serius.
“Mengikut laporan setakat ini bekas ADUN berkenaan cedera di tangan manakala lelaki terbabit luka di bahagian kepala,” katanya.
Menurutnya, susulan kejadian itu, kedua-duanya hadir ke balai polis untuk memberikan keterangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA JADI PENTAS FORMULA POLITIK BAHARU UMNO-PAS MENUJU PRU – MOHAMED KHALED
SUNGAI UDANG 31 Oktober - Kerjasama UMNO dan Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 berpotensi menjadi formula politik...
PRN MELAKA: RIDHWAN SEDIA SAMBUNG PERJUANGAN BN DI AYER MOLEK
AYER MOLEK 31 Oktober - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek, Datuk Mohd Ridhwan Mohd...
PRN MELAKA: ORANG MERLIMAU DAPAT BEZAKAN KACA DAN PERMATA – ONN HAFIZ
MERLIMAU 31 Oktober -Calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Dewan Undangan Negeri Merlimau Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh dianggap sebagai...
PRN MELAKA: RAIS AKAN BENTANG AKU JANJI UNTUK RAKYAT SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 31 Oktober - Datuk Rais Yasin akan mengemukakan tawaran khusus kepada penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang...
PRN MELAKA: DR. AKMAL TIDAK KEJAR MAJORITI BESAR, UTAMAKAN KEPERCAYAAN RAKYAT
MERLIMAU 31 Oktober - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh tidak...
DUA PEGAWAI KANAN PENTADBIRAN MELAKA GENGGAM DTM DI KONVOKESYEN UTEM
DURIAN TUNGGAL 31 Oktober - Dua pegawai kanan pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka melakar pencapaian tersendiri apabila masing-masing dianugerahkan Ijazah Doktor...
