Mohon bina lebih banyak PPR menerusi Bajet 2024

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 11 September – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor, Tuminah Kadi @ Mohd Hashim meminta supaya peruntukan pembinaan rumah bagi Program Perumahan Rakyat (PPR) dimasukkan dalam pembentangan Bajet 2024 Negeri Melaka.

Menurutnya, ia berikutan permohonan rakyat di negeri ini untuk mendapatkan rumah berkenaan terlalu tinggi dan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor sahaja, jumlah itu mencapai 5,000 orang.

“Kami sebagai wakil rakyat dalam kawasan ingin membantu menyediakan kediaman lebih selesa kepada rakyat di DUN masing-masing.

“Isu yang ditimbulkan pada sesi ‘townhall’ ialah mengenai penambahan rumah PPR dalam DUN masing-masing, di kawasan saya sendiri (Pantai Kundor) baru-baru ini kita terima permohonan sangat menggalakkan iaitu hampir 5,000.

“Justeru, saya cadangkan supaya Kerajaan Negeri menyediakan satu bajet bagi membina lebih banyak rumah PPR untuk rakyat di negeri ini pada pembentangan bajet nanti,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Sesi Townhall Bajet 2024 Negeri Melaka Bersama YAB Ketua Menteri Melaka di sebuah hotel, di sini, pada Isnin.

Sesi ‘townhall’ berkenaan disampaikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1260
Kongsi :
Previous post Empat fokus inti pati Townhall Bajet 2024 Negeri Melaka – KM
Next post PBT diminta mudahkan urusan pelabur – Exco
Ubah saiz-+=