Momentum UMNO lebih utuh tanpa Muafakat Nasional

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

RIM 6 Mei – Momentum UMNO menjurus ke arah pasukan yang kukuh dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tanpa kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) bersama PAS.

Perkara itu disuarakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Khaidhirah Abu Zahar yang melihat UMNO utuh bergerak sendiri selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor.

Beliau berpandangan bahawa kekuatan itu disebabkan UMNO sendiri merupakan sebuah parti yang paling lama dan paling stabil untuk mentadbir kerajaan.

“Pada pandangan saya, momentum untuk kita (UMNO) sendiri adalah bergerak sebagai satu pasukan.

“Kita pun dah sedia maklum bahawa PAS memilih untuk bersama dengan Perikatan Nasional dan kita ada ‘stand’ kita sebagai sebuah parti yang terbesar dan terlama dalam Malaysia ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Rim di Dewan Alamanda, Jasin, malam tadi.

Terdahulu, beliau yang juga ADUN Rim membuat Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Dewan Alamanda di Jasin dihadiri kira-kira lebih 3,000 warga setempat DUN tersebut.

Majlis itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman.

Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, EXCO Kanan Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh serta kenamaan lain.

Bagaimanapun, Khaidhirah berkata beliau menghormati pendirian masing-masing apabila diminta mengulas isu MN.

Ujarnya, beliau akur dengan apa sahaja keputusan pucuk pimpinan tertinggi parti.

“Kita di peringkat ini hanya boleh bercakap dan membuat penilaian berdasarkan pendapat masing-masing tetapi parti yang akan membuat keputusan sebagai pihak pembuat keputusan tertinggi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

926
Kongsi :
Previous post Lebih 3,000 meriahkan rumah terbuka DUN Rim
Next post Banjir kilat landa beberapa kawasan di Melaka Tengah
Ubah saiz-+=