MOTOSIKAL MENANTI PESERTA LARIAN BUDAYA ANTARABANGSA DUYONG KITA
DUYONG 12 November – Motosikal, barangan elektrik dan perkakas rumah antara hadiah cabutan bertuah menanti peserta Larian Budaya ‘Antarabangsa’ Duyong Kita edisi tahun ini dijadualkan pada 22 Disember depan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, bagi penganjuran kali ini pihaknya menyasarkan lebih 5,500 penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Katanya, bertemakan ‘superhero’ larian kali ini sudah pasti memberikan lebih keseronokan dan kemeriahan termasuk hadiah cabutan bertuah amat menarik yang disediakan.
“Konsep penganjuran sama seperti tahun lalu dan pastinya sesi cabutan bertuah turut dinantikan oleh peserta larian. Setakat ini sudah ada tajaan tiga buah motosikal untuk dibawa pulang oleh peserta bertuah selain pelbagai lagi barangan elektrik, perkakas rumah dan juga basikal.
“Namun begitu kami masih mencari penajaan kerana kami bercadang untuk menyediakan lebih 100 hadiah cabutan bertuah untuk peserta mengambil bahagian,” katanya.
Mohd Noor Helmy yang juga Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri berkata, pendaftaran masih dibuka dan tarikh tutup penyertaan akan dimaklumkan kelak.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
SIDANG DUN MELAKA (BAJET 2025) PADA 27, 30 DAN 31 DISEMBER
BANDA HILIR 5 Disember - Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka akan diadakan pada 27, 30 dan 31 Disember ini, maklum...
KANAK-KANAK ENAM TAHUN CEDERA DILANGGAR KERETA KETIKA MELINTAS JALAN
JOHOR BAHRU 5 Disember - Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun cedera selepas dilanggar sebuah kereta dalam kejadian langgar lari...
PENJAWAT AWAM RUGI RM148,000 DITIPU SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD
KUALA TERENGGANU 5 Disember - Seorang penjawat awam mengalami kerugian RM148,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan saham tidak wujud yang...
TAMAN REKREASI BAHARU BERKONSEP ‘KEHIJAUAN’ DI BUKIT BERUANG
AYER KEROH 5 Disember - Sebuah taman rekreasi baharu akan dibangunkan di Taman Kerjasama Bukit Beruang bagi memberi lebih keselesaan...
CAR FREE ZONE@ALOR GAJAH SEMAKIN MENARIK
ALOR GAJAH 5 Disember - Inisiatif penganjuran Car Free Zone@Alor Gajah semakin mendapat sambutan susulan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan...
TVET ‘KUNCI’ MASA DEPAN MELAKA
BIDANG Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kini menjadi tumpuan utama buat Kerajaan Melaka yang bertujuan mengubah landskap ekonomi...