MTE2020: UTeM raih emas menerusi reruai COVID-19

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

DURIAN TUNGGAL 5 Nov. – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) merangkul pingat emas dan Anugerah Khas (Euro Haller Business Award) pada Malaysia Technology Expo (MTE) 2020, menerusi projek reruai saringan COVID-19 yang dibangunkan bersama pihak industri, baru-baru ini.

Sementara itu, produk pelindung muka dikenali ‘UTeM Face Shield’ dihasilkan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembutan (FTKMP) memenangi Anugerah Merit.

Naib Canselor UTeM Prof. Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim berkata, penyertaan itu bagi menghargai semua inovasi terhadap pandemik COVID-19 merangkumi pelbagai kategori.

Katanya, kejayaan itu menggambarkan peranan UTeM bersama komuniti dalam negara dan peringkat dunia bagi mengekang pandemik tersebut.”Reruai ini mengurangkan beban doktor di samping selamat digunakan kerana dilengkapi penapis ‘ULPA’ yang mempunyai tahap keefisienan tinggi menapis zarah bersaiz 0.12 micron.

PROJEK reruai saringan COVID-19 yang dibangunkan UTeM dan pihak industri digunakan di Hospital Melaka.

“Ia juga dilengkapi mikrofon tanpa wayar untuk komunikasi antara doktor dan pesakit serta lampu dan penghawa dingin untuk keselesaan doktor menjalankan tugas,” katanya.

MTE 2020 Edisi Khas, Anugerah Inovasi Antarabangsa COVID-19 ini diadakan secara atas talian pada 30 September hingga 2 November lalu.

Katanya, projek itu dibangunkan dengan kerjasama rakan industri, AFA Technologies Sdn. Bhd., dan ALPRO Engineering Sdn. Bhd., dan pembangunan reruai mengambil masa selama tiga bulan.

“Projek ini melibatkan penyelidik UTeM diketuai Pengarah Pusat Hubungan Industri UTeM, Prof Dr. Kok Swee Leong dan Prof Dr. Zahriladha Zakaria.

“Di samping memenangi pingat emas, produk ini turut terpilih bagi menerima Anugerah Khas (Euro Haller Business Award),” katanya lagi.

Views:

1309
Kongsi :
Previous post ‘Total lockdown’ tidak perlu dilaksanakan pada masa ini
Next post 21 produk makanan mengandungi racun berjadual – KKM
Ubah saiz-+=