‘MyMelaka News’ dalam platform Telegram untuk rakyat Melaka – KM

Masa Membaca:2 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 21 Mei – Kerajaan Negeri melancarkan platform informasi baharu ‘MyMelaka News’ menggunakan aplikasi Telegram sebagai kaedah menyalurkan maklumat sahih dan tepat kepada rakyat Melaka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata platform itu boleh diakses semua penjawat awam negeri untuk berinteraksi bagi memberikan cadangan dan pandangan penambahbaikan sistem penyampaian Kerajaan Negeri.

“Semua penjawat awam telah dapat mengakses platform ini dan kita berharap orang ramai juga boleh menggunakan platform telegram ‘MyMelaka News’ ini.

“Selepas ini kita dapat berinteraksi memberikan cadangan dan pandangan untuk penambahbaikan sistem penyampaian Kerajaan Negeri dan ia terbuka (beroperasi) selama 24 jam,” katanya.

Photo 2024 05 21 11 16 45
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh melakukan simbolik pelancaran aplikasi Telegram Kerajaan Negeri Melaka pada Majis Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Melaka Bagi Bulan Mei 2024 di Pusat Dadangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.
Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum dan Pegawai Kewangan Negeri yang menjalankan tugas-tugas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Salhah Saleh.
Foto Iqmal Haqim Rosman

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Mei 2024 anjuran Yayasan Melaka, di Grand Ballroom, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Pegawai Kewangan Negeri yang menjalankan tugas-tugas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Salhah Saleh; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri, ketua-ketua jabatan serta lain-lain kenamaan.

Terdahulu dalam ucapannya Ab Rauf berkata Kerajaan Negeri juga menawarkan cenderahati bernilai RM500 hingga RM10,000 kepada penjawat awam yang memberikan idea bernas dan kreatif.

“Mereka boleh memberikan idea bernas menerusi saluran ini dengan syarat ia bertujuan untuk memperhebat sistem pentadbiran Kerajaan
Negeri.

“Saya mewajibkan seluruh penjawat awam Melaka untuk menyokong inisiatif ini dan sama-sama memberi pandangan dan idea terhadap akaun Telegram tersebut.

“Selain menjadi platform rasmi menerusi saluran ‘MyMelaka News’ kepada seluruh orang awam, platform ini juga akan diwujudkan sebagai ‘groups’ kepada kumpulan bersasar atau dinamakan ‘MyMelaka’,” katanya.

Sebanyak 18 kumpulan sasar telah dikenal pasti iaitu pegawai seranta, belia, institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/S), sekolah, japerun, ahli majlis, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Kesejahteraan Bandar (JPKKB) dan ahli Jawatankuasa Masjid.

Selain Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Komuniti Madani, tok sidang, tokong, kuil, gereja, pusat sebaran maklumat nasional, Dewan Undangan Negeri (DUN) dan industri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

181
Kongsi :
Previous post Kenaikan gaji penjawat awam: Melaka cari kaedah terbaik
Next post Nikmati produk pelancongan pada harga RM10, 1 Jun ini
Ubah saiz-+=