Najib tidak dibenar keluar kenyataan dari penjara

Masa Membaca:49 Saat

BANDA HILIR 20 Oktober – Jabatan Penjara Malaysia, tidak membenarkan sebarang kenyataan membabitkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pengarah Bahagian Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara Malaysia, Supri Hashim berkata, mana-mana banduan yang sedang menjalani hukuman penjara tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan begitu juga dengan Najib.

“Setakat ini tiada apa-apa kenyataan yang boleh dikeluarkan oleh banduan dari penjara.

“Apa-apa kenyataan, malahan surat, dokumen yang dikeluarkan pun akan ditapis terlebih dahulu termasuk surat kepada keluarga, penjara akan tapis,” katanya menjawab soalan media sama ada Penyandang Ahli Parlimen Pekan iti dibenarkan mengeluarkan kenyataan berhubung situasi PRU15.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Pameran Menjangkau Abad Dinding Penjara, di Muzium Penjara Banda Hilir, yang dirasmikan oleh Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri Datuk Kalsom Noordin, hari ini.

Menurut beliau, Jabatan Penjara menjalankan tugas dan tanggungjawab tanpa ada kaitan dengan program politik.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2184
Kongsi :
Previous post Henti sementara aktiviti di kawasan berisiko tanah runtuh, kepala air – KP Bomba
Next post Melaka jemput anak muda hadir pembentangan Bajet Melaka 2023
Ubah saiz-+=