‘Nak bawa lebih ramai ahli keluarga 20 Feb ini’

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

AYER KEROH 14 Februari – “Sudah tentu kami akan bawa lebih ramai ahli keluarga pada 20 Februari ini untuk mencuba produk pelancongan percuma ditawarkan di Melaka,” kata pelancong Hazirah Ngaimin,36, dari Johor Bahru.

Menurutnya, pada awal pengumuman tiket kemasukan peruma ke lokasi pelancongan itu, dia menyangka ia hanya diberikan kepada rakyat Melaka, tetapi sebenarnya kepada semua rakyat Malaysia.

“Kami ingatkan produk pelancongan percuma ini hanya untuk orang Melaka, bagus lah Kerajaan Negeri Melaka buat macam ini sebab memberi keterujaan dan keseronokan kepada pelancong.

“Hari ini kami datang Zoo Melaka lapan orang sahaja, nanti pada 20 Februari kami akan bawa lebih ramai ahli keluarga dan sudah tentu kami akan ambil cuti yang lama,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Whatsapp Image 2024 02 14 At 13.49.40 D3afe1c3
NAJIHAH

Bagi Noor Syamimi Ibrahim,35, dari Kota Bahru, Kelantan tidak sabar untuk membawa anak-anaknya datang ke Melaka pada hari tersebut.

“Sudah tentu sempena tarikh tersebut kami akan menetap atau bermalam di Melaka selama seminggu, selain berjalan-jalan kami juga akan singgah di rumah saudara mara di sini.

“Sebelum ini datang bersama suami, tetapi kali ini kami nak bawa anak-anak pula melancong di Melaka, selain negeri yang bersejarah, Melaka juga banyak produk pelancongan menarik.

“Terima kasih Kerajaan Negeri Melaka, memang bagus buat inisiatif begini sebab boleh tarik lebih ramai pelancong ke sini, insya-Allah kami akan maklum pada adik beradik yang lain,” katanya.

Manakala, Najihah Ngaimin,33, dari Ampang, Kuala Lumpur mahu menjadikan tarikh tersebut sebagai mengisi waktu lapang bersama anak-anak.

“Saya duduk Ampang tak jauh pun untuk datang Melaka, jadi apa salahnya datang pada hari tersebut bawa anak-anak berjalan sebab mereka pun cuti sekolah.

“Selain Zoo Melaka, Menara Taming Sari pun kami akan naik nanti untuk melihat pemandangan sekitar Bandar Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1659
Kongsi :
Previous post Aktiviti kepulauan di Melaka bertambah rancak
Next post Sindiket seludup kereta mewah, minuman keras, rokok bernilai RM5.84 juta tumpas
Ubah saiz-+=