NGO Melaka sokong sambutan TBC hanya bersama ahli keluarga

Masa Membaca:1 Minit, 39 Saat

AYER KEROH 5 Feb. – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini menyambut baik keputusan kerajaan membenarkan sambutan Tahun Baru Cina (TBC) hanya di dalam rumah bersama ahli keluarga daripada rumah yang sama.

Presiden Melaka Tourism Business Club (MTBC), Datuk Chew Chert Fong berkata, sebelum ini malam perayaan TBC keluarganya akan berjumpa untuk makan malam bersama.

“Sebelum ini saya bersama 30 ahli keluarga yang lain akan pergi makan malam bersama di sebuah restoran, tahun ini agak suram sebab tak boleh jumpa ibu bapa dan keluarga yang lain.

 

Presiden Melaka Tourism Business Club (MTBC), Datuk Chew Chert Fong

“Tapi ada baiknya juga PKP 2.0 ini sebab kita pun tak tahu wabak COVID-19 datang dari siapa, lebih-lebih lagi ada ibu bapa yang sudah uzur dan boleh membahayakan mereka,” katanya kepada MHI.

Manakala, Presiden Lions Club of Melaka, Datuk Chay Kam Yuim berkata, walaupun rumah ibunya tidak jauh, namun dia memilih untuk tidak meraikan TBC beramai-ramai.

“Lebih elok kita duduk di rumah diam-diam, sebelum ni kita pergi makan di restoran ramai-ramai, sekarang kalau nak jumpa ibu pun sekejap saja kemudian balik.

“Bagus juga buat PKP 2.0 sebab kita pun risau dekat keluarga tak tahu sama ada saudara mara yang lain ada terkena jangkitan COVID-19 juga.

“Lagipun usia ibu saya dah 83 tahun jadi risiko sangat tinggi jika dia terkena wabak COVID-19 ini,” katanya lagi.

Presiden Lions Club of Melaka, Datuk Chay Kam Yuim

Semalam, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan sambutan Tahun Baru Cina hanya dibenarkan di rumah bersama ahli keluarga dari rumah yang sama sahaja.

Kebenaran itu hanya diberikan pada 11 dan 12 Februari ini mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi memberi ruang untuk majlis Makan Besar bersama keluarga.

Katanya, aktiviti sembahyang hanya dibenarkan dilakukan oleh ahli keluarga yang tinggal serumah sahaja bagi mengelakkan pergaulan orang luar yang dibimbangi mempunyai gejala COVID-19.

Views:

1098
Kongsi :
Previous post MUFC nafi ‘serah’ Apek kepada JDT
Next post Anda kebanggaan negara, dua penuntut UiTM antara 10 terbaik dunia peperiksaan ACCA dan CAT
Ubah saiz-+=