Op Pagar Laut: Dua bot nelayan Vietnam ditahan pada 1 Syawal

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

KEMAMAN 4 Mei – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kemaman menahan dua bot nelayan asing yang menceroboh perairan negeri Terengganu pada petang 1 Syawal ketika umat Islam sedang menyambut Aidilfitri.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid berkata, bot nelayan asing Vietnam yang bernombor pendaftaran BD 31207 TS dan BD 31188 TS ditahan pada 2 Mei sekitar jam 2.30 petang hingga 3.00 petang di kedudukan 66 batu nautika dari Kuala Kemaman.

Kedua-dua bot itu ditahan semasa rondaan bersepadu Op Pagar Laut, Op Kuda Laut dan Op Iman.

Dua bot tersebut dikendalikan oleh 12 kru termasuk tekong dipercayai warga Vietnam berusia 18 hingga 56 tahun yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri serta permit menangkap ikan di perairan negara.

Turut dirampas pelbagai jenis hasil laut hampir 200 kilogram dan bekalan diesel kira-kira 200 liter serta peralatan menangkap ikan yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM2 juta.

Bot dan kru ditahan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kemaman, semua kru yang ditahan akan menjalani saringan COVID-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melakukan aktiviti perikanan di perairan negara tanpa kebenaran dan Akta Imigresen 1959/63 kerana kru tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1283
Kongsi :
Previous post Orang Merlimau puas dapat beraya
Next post Adik ADUN Serkam meninggal dunia
Ubah saiz-+=