Operasi Halangan di Jalan Temiang-Pantai

Masa Membaca:59 Saat

SEREMBAN 1 Jun – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban menjalankan Operasi Halangan Jalan Temiang-Pantai pada 31 Mei lalu.

Operasi itu bertujuan mengelakkan tindakan segelintir pengguna jalan raya yang berhenti di lorong kecemasan di sepanjang laluan tersebut yang boleh mengundang bahaya semua pihak.

Tindakan memberhentikan kenderaan di bahu jalan atau lorong kecemasan boleh diambil tindakan dibawah Kaedah 50 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 iaitu ‘Larangan Terhadap Halangan’ dan Kaedah 53 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 iaitu ‘Lorong Kecemasan’.

Pesalah boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan kerana melakukan mudarat awam.

ANTARA pengguna jalan raya yang diperiksa. Foto Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban

Mana-mana pihak yang didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan dan dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, didenda tidak melebihi RM4,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.

Sepanjang operasi dijalankan sebanyak 17 saman telah dikeluarkan dan tindakan penguatkuasaan akan diteruskan bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1610
Kongsi :
Previous post Rantau Afrika lapor 1,400 kes cacar monyet setakat tahun ini: WHO
Next post Paha nelayan koyak ditusuk taring monyet jantan
Ubah saiz-+=