Orang Melaka teruja nak jumpa Agong!

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

TANJUNG BIDARA 4 Mei – “Daulat Tuanku, terima kasih kerana sudi bertemu kami semua warga Melaka. Pengalaman dan memori paling bermakna dalam hidup ini,” ujar Siti Hasna Tambi, 41.

Siti Hasna, antara ratusan warga Tanjung Bidara yang hadir mengibarkan Jalur Gemilang bagi menyambut keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Dia yang berasal dari Rantau Panjang dan menetap di Ramuan China Kechil menyatakan rasa bangga serta terharu apabila dapat melihat sendiri sosok tubuh Yang di-Pertuan Agong.

Jelas Hasnah, dia hadir bersama suami dan anaknya seawal jam 12 tengah hari di perkarangan Villa d’Acqua, Kampung Pulau, di sini, hari ini.

Whatsapp Image 2024 05 04 At 4.29.00 Pm
SITI Hasna.

Nada sama turut disuarakan warga emas, Mohd Arriff Suboh, 66, menemani isterinya, Alinah Md Ali, 55,

“Saya dan isteri berasa bangga apabila mendapat kabar Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim akan berkunjung ke Masjid Tanah.

“Paling teruja adalah isteri saya, dia sanggup membawa kerusi untuk menunggu dan melihat sendiri ketibaan Seri Paduka, sejurus selepas melihat Sultan Ibrahim walaupun dari jauh, itu sudah cukup dan membanggakan selain berasa puas hati.

“Ini pengalaman berharga buat kami suami isteri,” jelasnya.

Terdahulu, Seri Paduka tiba ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Villa d’Acqua, Kampung Pulau, di sini, hari ini kira-kira jam 3 petang.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Ab Rauf dan isteri Datin Seri Utama Zuriyah Ab Aziz.

Turut bersama menyambut ketibaan Sultan Ibrahim ialah barisan kepimpinan Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta rakyat jelata.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

8076
Kongsi :
Previous post Penjenamaan semula Melaka Energy Park anjakan paradigma Petronas- Exco Kanan
Next post Lebih 30,000 hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Ubah saiz-+=