Lebih 30,000 hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

TANJUNG BIDARA 4 Mei – Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dibanjiri lebih 30,000 pengunjung.

Rumah terbuka di Villa D’Acqua Kampung Pulau, Masjid Tanah, mula dikunjungi orang ramai pada jam 6 petang.

Pelbagai juadah disediakan buat orang ramai antaranya nasi beriani, sate, kambing golek, lempeng, nasi himpit, jemput-jemput, roti john, aneka sup, nasi lemak, ubi rebus, bihun goreng dan mi goreng.

Selain pelbagai hidangan, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan artis seperti Datuk Amy Search dan Datuk Ramli Sarip.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam yang tiba pada jam 9 malam.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan bersama timbalannya, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem, barisan Exco serta Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Terdahulu Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa lebih sejam pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka.

Keberangkatan Sultan Ibrahim, pada jam 3 petang tadi diiringi Tun Dr. Mohd Ali dan isteri, Toh Puan Datuk Wira Dr Asmah Abd Rahman.

Ketibaan Sultan Ibrahim juga disambut Ab Rauf dan isteri Datin Seri Utama Zuriyah Ab Aziz bersama kepimpinan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1690
Kongsi :
Previous post Orang Melaka teruja nak jumpa Agong!
Next post ‘Puas hati beraya di rumah Ketua Menteri’
Ubah saiz-+=