‘Puas hati beraya di rumah Ketua Menteri’

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

TANJUNG BIDARA 5 Mei – “Alhamdulillah syukur masakan disajikan semua sedap, sebab itu saya sanggup datang beraya setiap tahun,”.

Itu kata Hafizuddin Ismail,35,  berkongsi kepuasan selepas berkunjung ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Villa D’Acqua di sini, malam tadi.

“Sudah banyak kali datang rumah terbuka beliau (Ab Rauf), kali ini lebih seronok sebab bersama isteri dan ini adalah tahun pertama ada teman.

“Saya lihat tahun ini lebih berbeza kerana banyak dekorasi lampu dan makanan yang pelbagai,” katanya.

Bagi Munira Md Dom,34, pula rumah terbuka Ketua Menteri adalah salah satu majlis yang wajib dikunjunginya bersama keluarga pada Syawal akan datang.

“Alhamdulillah saya sampai di sini jam 9 malam walaupun sibuk dengan kerja, ini kali pertama datang bersama suami dan anak-anak.

“Menu disediakan sangat banyak dan sedap, kalau ada tahun depan mesti datang lagi sebab setahun sekali sahaja,” katanya.

Sementara itu, Saripah Ahmad, 42, sudah merancang untuk bawa ahli keluarganya datang ke rumah terbuka Aidilfitri tersebut.

“Kali pertama datang rumah terbuka ini alhamdulillah memang meriah sangat dan ramai orang.

“Saya sudah rancang dengan keluarga untuk beraya di sini, sampai sini 8.50 malam, memang ramai orang tetapi inilah kemeriahan rumah terbuka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

184
Kongsi :
Previous post Lebih 30,000 hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Next post Pesisir Sungai Melaka semakin ‘havoc’!
Ubah saiz-+=