
Padah pukul isteri, penganggur dihadapkan ke mahkamah
AYER KEROH 11 Jun – Penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memukul isterinya pada awal bulan ini.
Tertuduh, Mohd Iman Salim, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Teoh Shu Yee.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera dengan menumbuk pipi kiri dan mengakibatkan melecur jari kelingking kanan akibat terkena cerek panas ke atas isterinya yang berusia 26 tahun.
Kesalahan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Tanah Merah Jaya, Tanjung Kling, dekat sini, kira- kira jam 11 malam pada 1 Jun 2020.
Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua- duanya jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal mencadangkan jumlah jaminan RM8,000 diberikan kepada tertuduh dengan syarat tambahan supaya tidak mengganggu mangsa.
Tertuduh, yang tidak diwakili peguam merayu agar jaminan rendah diberikan dengan alasan mempunyai tanggungan anak serta isteri.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,800 dan menetapkan 23 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Views:
Related

Berita Lain
ERA BAHARU PENGURUSAN SISA, SWM ENVIRONMENT TERAP TEKNOLOGI PINTAR
AYER KEROH 26 Julai - Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di negeri ini telah memasuki era baharu apabila SWM...
MELAKA AGROFEST 2026 SASAR JUALAN RM1.6 JUTA
AYER KEROH 26 Julai - Melaka Agrofest 2026 menyasarkan nilai jualan RM1.6 juta, dengan jumlah pengunjung seramai 50,000 orang sepanjang...
ZOO MELAKA TAMPIL DENGAN IMEJ BAHARU, LEBIH MODEN DAN MESRA PENGUNJUNG
AYER KEROH 26 Julai - Zoo Melaka kini tampil dengan wajah baharu yang lebih moden, ceria dan mesra pengunjung menerusi...
2 JIWA 1 HATI MEDAN PENYATUAN
SUNGAI UDANG 26 Julai - Pertandingan Menembak Pistol sempena Kejohanan Sukan Dua Jiwa Satu Hati dan Sukan Antara Badan Beruniform...
TYT HAYATI MAGIS CINTA QAIS DAN LAILA DI PANGGUNG BANGSAWAN
BANDARAYA MELAKA 25 Julai - Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam hadir menyaksikan pementasan...
ZOO MELAKA, PPSPM LANCAR BOT HARIMAU MALAYA
AYER KEROH 25 Julai - Zoo Melaka terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik bersama Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM)...

