
Paras air di beberapa sungai di Terengganu meningkat
KUALA TERENGGANU, 18 Dis – Penduduk di beberapa kawasan di Terengganu diminta bersiap siaga dan peka dengan arahan pihak berkuasa bagi menghadapi kemungkinan banjir.
Ia susulan kenaikan paras air sungai di beberapa kawasan di daerah Besut, Setiu, Kemaman dan Hulu Terengganu.
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu dalam laman media sosialnya memaklumkan stesen yang telah mengalami kenaikan air aras bahaya pada 8 pagi ini termasuk Sungai (Sg) Telemong di Kampung (Kg) Sungai Ping dan Sg Berang di Kg Menerong di daerah Hulu Terengganu.
Di daerah Setiu, sungai yang melepasi aras bahaya ialah Sg Nerus di Kg Langkap; Sungai Chalok di Jambatan Chalok dan Sg Setiu di Jambatan Permaisuri manakala di Besut stesen terlibat ialah Sg Besut di Kg Keruak dan Sungai Besut di Kg La.
Sg Tumpat di Kg Baru, Kemasek di Kemaman dan Sungai Peneh di Felda Mengkawang pula berada pada aras amaran manakala Sg Nerus di Kg Bukit di Setiu berada pada aras waspada. — BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
36 DARIPADA 97 ADUAN WRUR DUN AYER LIMAU SELESAI
AYER LIMAU 10 September – Sebanyak 36 daripada 97 aduan rakyat yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR)...
WRUR AYER LIMAU: SISA DAPUR JADI BAJA, SURI RUMAH JIMAT BELANJA
AYER LIMAU 10 September - Jangan terus anggap sisa makanan dari dapur sebagai sampah kerana bahan berkenaan sebenarnya boleh ditukar...
‘TERIMA KASIH TOK HAMEED SENTIASA BANTU RAKYAT’
AYER LIMAU 10 September - Hanya rasa syukur dapat dipanjangkan golongan kurang bernasib baik dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
WRUR AYER LIMAU: 3 SEKOLAH, 3 CARA BENTUK GENERASI MASA DEPAN
AYER LIMAU 10 September - Tiga sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menerima pendekatan pendidikan dan advokasi berbeza...
ANAK JATI MELAKA BAWA SUKAN TAEKWANDO BERSINAR DI BATAM
AYER KEROH 10 September - Dari Bukit Baru ke pentas antarabangsa, anak jati Melaka, Faiz Safry membuktikan sentuhan jurulatih tempatan...
WRUR AYER LIMAU: RUMAH DAIF PESAKIT ANGIN AHMAR DAPAT PERHATIAN MPAG
AYER LIMAU 10 September - Keadaan rumah seorang pesakit angin ahmar yang uzur mendapat perhatian Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)...
