
Parkir percuma setiap Isnin dan Selasa
AYER KEROH 27 Jun – Kerajaan negeri telah memutuskan hari Isnin dan Selasa sebagai hari parkir percuma di negeri Melaka.
Menerusi satu kenyataan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), keputusan itu sekali gus menggantikan keputusan terdahulu yang menetapkan parkir percuma setiap Sabtu dan Ahad.
Selain itu, kenyataan sama juga memaklumkan bahawa caj parkir kenderaan di semua kawasan di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan dikuatkuasakan semula bermula 1 Julai 2020.
“Caj letak kereta atau parkir di bawah kawasan pentadbiran PBT akan mula dikuatkuasakan semula mulai 1 Julai 2020 (Rabu) mulai jam 9 pagi hingga 5 petang sahaja.
“Sehubungan itu, warga Bandaraya Melaka Bersejarah adalah diingatkan untuk mematuhi Akta Undang-Undang Kecil Tempat Letak Kereta dengan mempamerkan kupon penggunaan mengikut tempoh waktu yang digunakan serta tidak mendatangkan halangan kepada kenderaan lain,” tulis kenyataan tersebut.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR AYER LIMAU: RUMAH DAIF PESAKIT ANGIN AHMAR DAPAT PERHATIAN MPAG
AYER LIMAU 10 September - Keadaan rumah seorang pesakit angin ahmar yang uzur mendapat perhatian Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)...
MINAT BERTANI BAWA ‘MAMA’ KE KURSUS BAJA ORGANIK
AYER LIMAU 10 September - Hobi bercucuk tanam di kebun kecil berhampiran rumah bukan sekadar mengisi masa lapang buat Jamilah...
MASJID BAHARU BAKAL PERMUDAH URUSAN IBADAH PENDUDUK BERTAM
PAYA RUMPUT 10 September – Pembinaan masjid kariah baharu di Taman Desa Bertam membawa khabar gembira buat penduduk setempat apabila...
HADIAH LUMAYAN UNTUK PEMINJAM TAPEM KONSISTEN LUNAS PINJAMAN
AYER LIMAU 10 September - Peminjam Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) yang konsisten melunaskan bayaran pinjaman berpeluang membawa pulang...
‘TOK RAUF MASIH KENAL AYAH’
AYER LIMAU 10 September - Perbualan ringkas mengenai bapanya yang pernah berkhidmat di jabatan kesihatan bertukar menjadi detik tidak disangka...
AHMAD IRFAN GENGGAM ANUGERAH KETUA PENGARAH
SELANDAR 9 September - Pengalaman memimpin rakan pelajar ketika menggalas tanggungjawab sebagai Yang Dipertua (YDP) Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Kolej...
