Pasar Besar MBMB ditutup, 15 peniaga positif COVID-19

Masa Membaca:59 Saat

PENGKALAN BATU 14 Jun – Seramai 15 peniaga dikesan positif COVID-19, di pasar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menyebabkan ia ditutup tiga hari bermula hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah Negeri, Datuk Rahmad Mariman ketika dihubungi Melaka Hari Ini berkata, setakat semalam kira-kira 100 kontak rapat kes positif COVID-19 di pasar berkenaan telah dikenal pasti.

“Buat masa ini kita sedang meminta bantuan MBMB dan pengurus pasar untuk menjalankan saringan membabitkan penjual sayur dan pekerja di pasar berkenaan,” katanya.

Sementara itu Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu berkata, 15 peniaga yang positif COVID-19 membabitkan peniaga sayur-sayuran di pasar berkenaan.

“Pasar Besar MBMB ditutup tiga hari bermula hari ini atas arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas berlaku penularan COVID-19 membabitkan peniaga.

“Penutupan itu memudahkan pihak KKM mengesan kontak rapat dan menjalankan kerja-kerja sanitasi di pasar berkenaan,” katanya.

Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu

Terdahulu MBMB dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan pasar berkenaan ditutup bermula hari ini sehingga Rabu dan bakal beroperasi semula pada Khamis (17 Jun) setelah kerja-kerja disinfeksi dijalankan.

 

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1067
Kongsi :
Previous post Syarifuddin juara FIM CEV Moto3 di Barcelona
Next post Kerajaan digesa tubuh pusat penyelidikan vaksin nasional- MEF
Ubah saiz-+=