Pasar raya tidak meriah, orang ramai sambut Aidiladha ala kadar

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

AYER KEROH 8 Julai – Pasar raya di kawasan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini kelihatan kurang meriah apabila rata-rata penduduk memilih untuk menyambut Hari Raya Aidiladha pada Ahad ini secara ala kadar.

Pengunjung, Ruby Abdul Ghafaar,49, berkata sambutan Aidiladha tahun ini tidak meriah memandangkan dia baharu sahaja pulih daripada jangkitan wabak COVID-19.

“Raya haji tahun ini tidak meriah sebab akak baru sahaja habis kuarantin jadi memang tak raya, anak-anak pula dua-dua di Kuala Lumpur ade latihan praktikal di sana, jadi saya cakap tak perlu balik raya.

“Ingat nak suruh dia balik rumah atuk dan nenek di kampung, tapi atuk dia pun tidak sihat masuk hospital, jadi lebih baik lah mereka duduk di sana sahaja…suami akak pula baharu je balik ke Pulau Pinang semalam atas sebab kerja.

“Memang untuk pagi raya nanti akak hanya masak untuk makan seorang diri sahaja, lebih baik raya seorang daripada membahayakan kesihatan orang lain,” katanya ketika ditemui MHI di sini, hari ini.

RUBY

Seorang lagi Salina Baharuddin,41, turut menyambut Hari Raya Aidiladha dengan ala kadar memandangkan dia hanya bersama anak dan suami di rumah.

“Saya memang orang Melaka bukan Pantai Timur nak raya meriah-meriah semua, sambut ala kadar sahaja sebab raya haji ni kita lebih kepada ibadah korban.

“Masak pagi raya pun macam biasa buat rendang ayam ke sikit-sikit, sebab bukan ramai yang nak datang rumah melainkan ini adalah Hari Raya Aidilfitri baru ramai sanak-saudara berkunjung,” katanya.

Untuk rekod umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Ahad 10 Julai susulan tarikh 1 Zulhijjah 1443 jatuh pada Jumaat (hari ini).

SALINA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1470
Kongsi :
Previous post Lelaki disyaki bunuh abang, kakak ipar direman seminggu
Next post Pemandu rempuh 11 kenderaan di Tambak Johor miliki 33 saman lampau
Ubah saiz-+=