‘Pastikan satu kampung, ada satu padang’ – Sulaiman

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

LENDU 29 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali menyasarkan sekurang-kurangnya setiap kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu akan dilengkapi sebuah padang bagi kegunaan penduduk.

Sulaiman yang juga Ketua Menteri ke-12 berkata, pihaknya sedang berusaha bagi memastikan hasrat itu tercapai supaya komuniti setiap kampung mempunyai kawasan riadah dan rekreasi yang selesa.

Menurutnya, hasrat itu dilihat mampu menarik minat golongan muda untuk bersukan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Photo1678516843
DATUK Seri Utama Sulaiman Md Ali. Foto Iqmal Haqim Rosman

“Dalam aspek pembangunan setiap kampung saya mahu sasarkan perkara ini dan pastikan sekurang-kurangnya setiap kampung ada padang seperti gelanggang futsal dan sebagainya.

“Kini, kita mahu fokus kepada aspek pembangunan modal insan dalam kalangan generasi muda supaya kekal aktif dan sihat dalam bidang sukan.

“Aspek pembangunan ini perlu menjadi keutamaan buat generasi muda kerana dalam DUN Lendu telah dilengkapi semua prasarana dan kemudahan, cuma soal kehidupan orang muda menjadi perhatian kita untuk terus diperkasakan lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini pada sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Lendu Peringkat PDM Durian Daun diadakan di Balai Raya Durian Daun Barat, di sini malam tadi.

Terdahulu, sambutan diadakan itu telah dihadiri kira-kira 3,000 penduduk membabitkan lima buah kampung sekitar

Sambutan turut dihadiri Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin bersama Timbalannya, Datuk Zulkiflee Mohd Zin; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer serta tetamu lain.

Katanya, semua cadangan itu akan diangkat kepada pihak berkaitan termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Alhamdulillah, ada beberapa projek berkaitan hasrat ini juga sedang dalam proses untuk pembinaan seperti membina sebuah padang dilengkapi gelanggang takraw telah diluluskan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

129
Kongsi :
Previous post Waktu niaga Pahlawan Walk dilanjutkan sempena ‘Bila Larut Malam’
Next post ‘Musim raya pun masih meriah’
Ubah saiz-+=