Waktu niaga Pahlawan Walk dilanjutkan sempena ‘Bila Larut Malam’

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

BANDA HILIR 29 April – Waktu perniagaan di Pahlawan Walk akan dilanjutkan sehingga jam 3 pagi apabila program ‘Bila Larut Malam’ atau ‘Melaka Nightlife’ dilaksanakan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman berkata, sebagai persediaan pihaknya akan menambahbaik aspek keceriaan bagi menjamin kepuasan pelancong termasuk sistem pencahayaan.

“Kita akan pastikan lokasi berkenaan dalam suasana ceria, pada jam 2 hingga 3 pagi lampu yang ada masih terang, bukannya malap. Jadi Insya-Allah apabila program ini dilaksanakan, kita akan aturkan keceriaan ini supaya terus kekal hingga ke pagi.

“Saya juga akan maklumkan kepada penganjur Pahlawan Walk supaya melanjutkan waktu perniagaan, saya yakin ramai pengunjung yang akan datang untuk beriadah di sini nanti,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas mengadakan lawatan di Pahlawan Walk di sini, malam tadi.

Whatsapp Image 2024 04 29 At 12.00.39 Am

DATUK Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman.

Sebelum ini Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengumumkan Kerajaan Negeri akan menawarkan Pakej ‘Melaka Nightlife’ atau juga dikenali sebagai Melaka: Bila Larut Malam bersempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) dijadualkan bermula 1 Jun.

Menerusi pakej itu pengunjung dan pelancong ditawarkan harga tiket RM10 untuk ke beberapa lokasi tarikan seperti Menara Taming Sari, Melaka River Cruise, Zoo Melaka serta semua muzium di bawah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

267
Kongsi :
Previous post Waktu operasi Pahlawan Walk dilanjutkan sempena ‘Bila Larut Malam’
Next post ‘Pastikan satu kampung, ada satu padang’ – Sulaiman
Ubah saiz-+=