Waktu operasi Pahlawan Walk dilanjutkan sempena ‘Bila Larut Malam’

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

BANDA HILIR 29 April – Waktu perniagaan di Pahlawan Walk akan dilanjutkan sehingga jam 3 pagi bagi menyokong hasrat Kerajaan Negeri apabila program ‘Bila Larut Malam’ atau ‘Melaka Nightlife’ dilaksanakan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman berkata, pihaknya bagaimanapun bersedia mengaturkan beberapa kawasan untuk ditambah baik faktor pengcahayaan sempena aktiviti itu.

“Antaranya tambah baik keceriaan kawasan dengan pencahayaan supaya pada jam 2 hingga 3 pagi lampu-lampu di kawasan terlibat tidak gelap atau malap.

“Jadi Insya-Allah bila program ini dilaksanakan, kita akan aturkan keceriaan ini supaya terus kekal hingga lewat pagi.

“Saya juga akan maklumkan kepada penganjur Pahlawan Walk supaya melanjutkan waktu perniagaan, saya yakin ramai pengunjung yang akan datang untuk beriadah di sini nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas mengadakan lawatan di Pahlawan Walk di sini, malam tadi.

Sebelum ini Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata Kerajaan Negeri akan melancarkan aktiviti ‘Bila Larut Malam’ atau ‘Melaka Nightlife’ sebagai satu program baharu sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Program itu membabitkan beberapa lokasi iaitu Menara Taming Sari, Melaka River Cruise, Zoo Melaka serta semua muzium di bawah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

329
Kongsi :
Previous post Rumah Terbuka DUN Lendu erat ukhuwah wakil rakyat dan masyarakat
Next post Waktu niaga Pahlawan Walk dilanjutkan sempena ‘Bila Larut Malam’
Ubah saiz-+=