PBT perlu segera tangani isu penjaja kecil – KM

Masa Membaca:57 Saat

SERI NEGERI 1 Februari – Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Melaka diingatkan supaya sentiasa cakna mengenai isu yang dibangkitkan oleh penjaja kecil.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, perhatian terhadap isu penjaja kecil adalah selaras dengan hasrat untuk terus memacu ekonomi Negeri Melaka.

“Semua PBT perlu cakna dengan isu-isu yang sering ditimbulkan khususnya oleh para penjaja kecil.

“Lakukan naik taraf kemudahan dan prasarana di kawasan-kawasan perniagaan mereka agar lebih kondusif selain mesra pelanggan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Angkat Sumpah Datuk Bandar dan Yang Dipertua PBT Negeri Melaka di Pejabat Ketua Menteri di Seri Negeri, di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Zaidi Attan dan lain-lain barisan Exco Kerajaan Negeri.

Sulaiman berkata PBT juga perlu inovatif dalam melakukan penambahbaikan lesen penjaja bagi memudahkan mereka untuk membuat permohonan.

“Bagi permohonan lesen-lesen penjaja, lakukan sedikit inovatif dan penambahbaikan bagi memudahkan mereka untuk membuat permohonan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1272
Kongsi :
Previous post Banjir: Mangsa di Johor dan Sabah meningkat sedikit pagi ini
Next post Penganggur dituduh bunuh wanita warga emas
Ubah saiz-+=