
Penganggur dituduh bunuh wanita warga emas
JASIN, 1 Februari – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita warga emas.
Peter David, 20, dituduh membunuh Misah Md Amin, 91, di KM16, Kampung Pulai Darat, Merlimau di sini pada 1.30 pagi, 20 Jan lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, tertuduh yang memakai kemeja-T berwarna merah mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Tan Chai Wei.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Yusof manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 8 Mac untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Media sebelum ini melaporkan seorang warga emas yang tinggal seorang diri ditemukan maut dalam keadaan terbaring di bahagian dapur dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di rumahnya di Kampung Pulai Darat, 20 Jan lepas.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM BINA GENERASI KEDUA ASNAF MAMPU UBAH MASA DEPAN
BUKIT KATIL 11 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyasar untuk melahirkan generasi kedua asnaf yang bukan sahaja berjaya...
SUNGAI UDANG: RAIS BERI BAYANGAN ‘SUDAH TERANG LAGI BERSULUH’
SUNGAI UDANG 11 Oktober - 'Sudah terang lagi bersuluh' menjadi bayangan dan isyarat daripada Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu Datuk...
EKONOMI BIRU MASA DEPAN MELAKA
TANJUNG BIDARA 11 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menegaskan bahawa pertumbuhan Ekonomi Biru atau 'Blue...
JEREBU: KURANGKAN AKTIVITI LUAR, ELAK UDARA TERCEMAR
SUNGAI UDANG 11 Oktober - Rakyat Melaka dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar susulan keadaan jerebu yang masih berada pada tahap tidak...
SEKOLAH DI MELAKA BEROPERASI SEPERTI BIASA ESOK
AYER KEROH 11 Oktober - Semua institusi pendidikan di Melaka akan beroperasi semula seperti biasa esok (Isnin, 12 Oktober), susulan...
PERZIM KAJI PENDEKATAN BAHARU NAIK TARAF PAMERAN MUZIUM
BANDA HILIR 11 Oktober - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengumpulkan idea dan input baharu menerusi lawatan penanda aras ke lima...
