
Pekerja kilang maut tercampak 20 meter
TELOK MAS 13 April – Seorang pekerja kilang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan dua kereta di Jalan Paya Dalam-Umbai, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira 7.48 pagi itu, Muhammad Izzat Suhaimi, 21, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang datang dari arah Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Dalam menghala ke Kampung Paya Dalam telah terlanggar bucu kanan sebuah kereta jenis Perodua Axia ketika hendak memasuki simpang ke kanan.
Akibat pelanggaran itu, motosikal ditunggangi mangsa telah memasuki laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah lagi kereta jenis Toyota Vios dipandu seorang guru wanita.
“Rempuhan itu menyebabkan mangsa tercampak lebih kurang 20 meter di atas jalan raya.
“Akibat pelanggaran tersebut mangsa maut di lokasi kejadian dan dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka,” katanya.
Beliau berkata, POL 61 telah dikeluarkan bagi menjalankan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian.
Katanya, siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KEJOHANAN EMPAT PENJURU, MEDAN MELAKA FC UJI KESERASIAN PEMAIN
BANDA HILIR 14 Ogos - Kejohanan Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament 2026 menjadi medan penting buat Melaka FC...
MAIM BAIK PULIH LIMA PREMIS TERBIAR DALAM KAWASAN TAPAK WARISAN
AYER KEROH 14 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengambil tindakan segera dengan memberi nafas baharu kepada lima premis...
MELAKA FC ANJUR KEJOHANAN EMPAT PENJURU SEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG DI-PERTUA NEGERI
BANDA HILIR 14 Ogos - Melaka FC menyasarkan penganjuran The Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament 2026 sebagai acara...
MPHTJ SELESAIKAN 70.2 PERATUS ADUAN RAKYAT
AYER KEROH 14 Ogos - Penyelesaian masalah dan aduan rakyat menjadi antara ukuran utama prestasi Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya...
PERZIM SASAR 4,000 PENGUNJUNG SERBU ENAM MUZIUM 31 OGOS INI
AYER KEROH 14 Ogos - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menyasarkan lebih 4,000 pengunjung melawat muzium dan galeri di bawah seliaannya...
PPSPM SUNTIK SEMANGAT ATLET PERAHU NAGA, PINGPONG HADAPI SUKMA
DUYONG 14 Ogos – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menyuntik semangat atlet perahu naga dan pingpong Melaka yang...
