Pekerja TNB maut kemalangan

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

MELAKA 17 Okt. – Seorang Pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dalam kejadian di Jalan Parit Melana, One Krubong, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira- kira jam 12.25 tengah hari itu mangsa yang berusia 40 tahun maut di lokasi kejadian.

Ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal dikatakan dalam perjalanan untuk menghantar penyata elektrik.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, semasa kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Bandaraya Melaka menghala ke One Krubong.

Beliau berkata, hasil siasatan berdasarkan saksi dilokasi, kejadian dipercayai berlaku apabila terdapat sebuah motokar menghimpit motosikal mangsa.

“Setibanya dilokasi kejadian, dipercayai tiba-tiba datang sebuah motokar nombor pendaftaran tidak pasti menghimpit motosikal mangsa.

“Lalu menyebabkan mangsa terbabas ke tengah pembahagi jalan,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia dilokasi kejadian akibat kecederaan parah.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan dan sehingga pagi ini belum ada individu yang tampil mengatakan terbabit dalam kemalangan itu,” katanya.

Afzanizar berkata, susulan itu pihak polis kini sedang mengesan kenderaan yang dipercayai terbabit dalam kemalangan dan meminta orang awam yang mempunyai maklumat untuk tampil selain kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Views:

1635
Kongsi :
Previous post Tumpahan minyak Tanjung Tuan didakwa sebagai insiden terbesar tahun ini
Next post “Nyawa dan kesihatan rakyat mengatasi kepentingan mana-mana parti politik” – Mohd Rafiq
Ubah saiz-+=